Tuesday, August 23, 2011

Nahh Kisah Public Transport


Nahh Kisah Public Transport
"Kak tumpang tanya, nak pergi Greenwood naik bas nombor berapa eh?" gwe bertanya dengan machonya.. ahaha..

"Saya pun tak pasti lah bang, cuba abang tanya kat counter putra." jawab cewek yang malu nak berkata2..

Time ni gwe dah tanya dekat 2-3 orang, bas apa aku nak amik untuk pergi ke Greenwood.. hampeh rupanya ramai juga orang tak tau.. last2 counter putra juga gwe kena rujuk.. gwe pun satu sengal, awal2 tamo tanya direct kat counter.. my bad.. ahaha

"Bang, tumpang tanya, nak pergi ke Greenwood naik bas apa?" gwe tanya brader counter yang mukanya macam Ajib KL Gangter..

"Kalau nak pergi Greenwood, kena naik bas kat Putra Taman Melati bukan kat Terminal Gombak ni." brader ajib memberikan jawapan yang sungguh menyakinkan gwe..

"Oh yeker? ok thanks bang." gwe pun buat2 tak tau.. maklumlah gwe ni budak kampung..

Ni pula gwe salah turun terminal dah, rupa2 nya Terminal Gombak yang selalu gwe turun 10tahun lepas dah takde sediakan perkhidmatan feeder bus melalui Greenwood da.. damnn.. terpaksa gwe ambl train balik dan turun Taman Melati..

"Dik tumpang tanya sikit boleh, bas nombor apa yang pergi Greenwood?" gwe segan2 nak tanya adik comel..

"Ermm, itu bang bas pergi Greenwood." adik comel membalas dengan spontan..

"Hurmm berapa ringgit tambang naik bas ni ye dik?" gwe tanya sebab dah lama tak naik bas..

"Entah lah bang, saya pun tak pasti sebab saya pakai tounch n go." adik comel menjawab dengan penuh kekonfusesan..

"Ok, tapi agak2 adik berapa ringgit eh." gwe still tak puas hati and nak tau juga berapa tambang bas tu..

"Saya tak pasti bang, mungkin dalam rm1." adik comel terpaksa juga bagi jawapan setelah dipush oleh gwe..

Ni sebelum gwe nak naik bas, maklumlah gwe budak kampung, mana tau tambang bas berapa semua.. nak tak nak, buat muka selumber tanya orang lah, apa lagi kan.. Lantak le orang nak cakap  gwe ni apa..
Nahh Kisah Public Transport
Teringin juga ada touch n go siap gambar macam ni..
 
"Bang nak pergi Greenwood tambang berapa ringgit?" tanya gwe pada brader driver bas..

"Adik kena beli kad dulu, minimum 5 hengget" jawab brader driver tu dengan konpiden..

"Kad apa bang? ni 1st time saya naik bas, lagipun kad apa kena beli? saya jarang naik bas ni" gwe dalam dilemma..

"Kad naik bas lah, touch n go."brader tu dah macam hangin dgn gwe dah..

"oh yeker? cash dah tak boleh ker bang?" gwe bertanya lagi..

"aah, dah2 ko pergi duduk jela kat belakang tu, abis jem sebab ko orang dah beratur panjang nak naik bas.. ko nak turun kat mana?" ttiba brader tu macam care psl gwe pula..

"tak payah bayar ke bang? saya nak turun kat Greenwood." gwe bertanya lagi dan lagi..

"tak." brader tu berkata2 dengan nada yang agak tinggi..
 
"ok thanks bang." gwe membalas dengan senyuman lebar.

Sebab gwe, tak pasal2 orang dah beratur panjang tunggu nak naik bas, mana gwe tau bas pun dah pakai touch n go SAHAJA.. salah gwe juga kot sebab tak ambil berat dan peka dengan perkembangan semasa.. maklumlah zaman teknologi, semua nak canggih jek.. Serius sh*t gwe terasa diri gwe ni macam ketinggalan zaman je.. apa pun tak tau.. tapi syiok juga dapat naik bas FOC nih.. cuma malu tak malu jela orang semua pandang.. ahaha.. bagi gwe yang penting gwe sampai rumah sudeyy.. loser~
Nahh Kisah Public Transport
Q sampai lebam disebabkan gwe..



1 comments:

fatian athiea said... [Reply]

hahahah..nasib sabar dia kuat..