Thursday, April 19, 2012

Nahh Tunku Mishal Shahrin Tunku Ibrahim, Kerabat Diraja Johor Kaki Pukul?

Tunku Mishal Shahrin Tunku Ibrahim, Kerabat Diraja Johor Kaki Pukul?


Seorang penyanyi hip hop, Mikael Adam Mohd Rafae, 24 atau lebih dikenali sebagai SonaOne cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, jam 3.50 pagi semalam.

Ketika kejadian, Mikael Adam berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan. Selepas ditarik keluar dari kereta, beliau dibelasah dan dipijak menyebabkannya terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.

Dia cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum pengsan tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka. Dia sekarang sedang dirawat di hospital. Selanjutnya, Berita Harian.

Kerabat Diraja?

Kerabat Diraja mana yang dimaksudkan? Ramai yang membuat telahan individu yang dimaksudkan tersebut adalah Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail a.k.a Tengku Mahkota Johor a.k.a TMJ a.k.a pakwe Fazura. LOL. Berapa banyak a.k.a daa...

Tetapi, bukan TMJ! Menurut Hunny Madu, DJ FlyFm menerusi laman sosial beliau, Kerabat Diraja tersebut adalah Tunku Mishal Ibrahim. Lihat tweet beliau yang telah di'screenshot'.

Dan menurut Hunny Madu, Tunku Mishal juga pernah memukul Hafiz Hatim yang juga merupakan DJ radio FlyFm di The Rootz pada tahun lepas.


Siapakah Tunku Mishal?

Nama penuh beliau ialah Tunku Mishal Shahrin bin Tunku Ibrahim. Dilahirkan pada 3 April 1987. Dan memang sah dia merupakan kerabat Diraja Johor. Bukan kerabat diraja Pahang, mahupun Majapahit. Kalau tak percaya, boleh check di www.royalark.net


*Lagi gambar-gambar Tunku Mishal boleh dilihat di http://yfrog.com/user/TunkuMishal

Dan ada orang mengisukan kes ini kepada TMJ. Dan responnya, TMJ tidak mahu mengaku yang Tunku Mishal adalah kerabatnya. Malah menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan. Ini menunjukkan TMJ sendiri tidak sukakan Tunku Mishal. Selain itu, ada juga yang mendakwa Tunku Mishal telah dibuang negeri.


Mohon polis ambil tindakan jika terbukti dia bersalah. Tak kira la kerabat diraja ka, anak sultan ka, anak PM ka, tindakan undang-undang tetap kena ambil! Jangan pejam mata dan pilih bulu. Apa-apapun, adalah lebih baik kita mendoakan semoga Tunku Mishal diberi hidayah oleh Allah SWT untuk kembali ke jalan Islam yang sebenar. Aminnnn...

kredit : szlihin

0 comments: