Sunday, November 21, 2010

Nahh Cerita di mamak stall

mamak stall? apa yang istimewa mamak stall nih? sebab mamak stall semua orang tak kira melayu, cina, india dan warga² asing pun boleh bersatu dibawah satu bumbung, betul tak? haa.. Inilah penangan mamak stall.

Ali : "Aiya, Tai Koh. Lu Ipoh mali kah? Revision bukan livisen?

Liew : "Ya kah?"

Tetiba Jeff bersuara kerana kos projek yang under valued.


Dey boss, kasi roti bom 1!


Jeff : "Ayoyo! Ada check betul kah? Lu cakap banyak pandai lah! Gua rugi lah."

Ali : "Hidup di KL ni mahal. Dengan gaji saya sekarang pun saya mengalami masalah
untuk bayar duit pinjaman kereta, rumah, pengajian dan bil². Susah lah cam
ni."

Liew : "Ini macam balik kampung tanam jagung lah. Lagi senang."

Jeff : "Betul! bini boleh empat pun tarak susah."

Mereka bertiga ketawa terbahak² sementara roti boom sampai.

Liew : "Lu puasa ini hari ali?"

Jeff : "Jangan tengok lama². Nanti batal puasa pulak."

Ali : "Makan lu punya dhal lah. Banyak cakap ini punya tambi."

Sekali lagi, mereka bertiga ketawa terbahak².

Episod ini menunjukkan kita bahawa gurauan antara kaum boleh di bandied dan diambil secara open minded and friendly manner.

Ali juga memahami bahawa Jeff dan Liew tidak dipaksa untuk berpuasa. Lagipun Ali sudah bersahur dan hanya melihat rakan² dia bersarapan.

0 comments: