Thursday, September 8, 2011

Nahh Nilai Semasa Hantaran Kahwin

Ihsan dari Uncle Google..
Time bosan2 gini gwe ttiba terfikir pasal kahwin.. belek punya belek, terjumpa satu blog ni A HOT BLOG!?. Gwe pun tak pernah tau juga nilai hantaran ni da macam ikut market value rumah.. makin lama makin naik harganya, makin besar rumah tu, makin mahal kot nilainya.. tapi kalau bakal bini luh orang cun macam artis, makin mahal juga ker hantaran walaupun study takat SPM? ahaha.. itu luh orang fikir sendiri.. tapi kalau dapat empunya owner yang baik hati oklah, kalau dapat yang demm, faham2 sendiri kan.. apa yang penting, keikhlasan hati pasangan masing2 yang nak berkahwin.. pandai2 lah luh orang sekeluarga nak plan kan.. huahuahua.. gwe sembang macam gwe dah kahwin jek..

Nilai hantaran kahwin minimum mengikut harga purata terkini dan status pelajaran di seluruh semenanjung.. ( ni gwe tak pasti sama ada fakta atau rekaan semata2.. tiada kena mengena yang hidup ataupun yang telah meninggal.. gwe just nak share dengan mereka2 yang masih tak tau juga.. betulkan gwe jika gwe tersilap langkah.. )

Level Non-Exec
UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
(ni kahwin under age nak kena 6 sebatan 5 bawah PAR ker apa???)

SPM : RM3,000-RM8,000

(ramai juga artis2 kita yang study takat SPM nih, tapi nak ker mereka terima hantaran serendah itu?ahaha  =D)
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
(diskaun 50% dari duit pengajian diploma IPTS)

Level Exec
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000 

***PERHATIAN!!!***
TETAPI YG DEGREE KE ATAS KALAU TAK PANDAI “MASAK” AUTOMATIC AKAN DI TOLAK 50% DRPD NILAI BIDAAN.. ahaha.. ni terbaik punya.. gwe suka..

YANG LELAKI, BOLEH LA MULA MENGGARU KEPALA YE.. takpe2.. masa nilah lelaki kena pandai ayat manis dan gunakan segala skill yang ada serta kalau boleh kawtim nego harga kaw2.. tu pun kalau bertuah, lagi bertuah kalau dapat bakal mertua yang jenis apa pun tak kisah.. tapi kalau ada yang terkena harga tinggi, positifnya mungkin itu pun untuk kebaikan anak perempuan di masa akan datang.. ke mungkin nilai hantaran itu juga melambang nilai seseorang lelaki tersebut? mungkin betul juga.. ahaha.. masing2 orang punya pendapat mereka sendiri kan.. So kalau nak ikut orang, sampai bila2 pun tak kahwin macam gwe.. kehkehkeh.. 

Sedikit renungan bersama. Suami wajib memberi mahar kepada isterinya walaupun mahar itu bukan salah satu daripada rukun nikah. Jika mahar tidak disebut di dalam akad nikah, pernikahan tersebut tetap sah. Ini membuktikan bahawa ada perbezaan di antara pernikahan dan jual beli. Jual beli tidak sah melainkan di dalamnya akad harga yang diketahui. Manakala nikah pula, ianya sah tanpa disebutkan mahar itu di dalam akad.

"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." (Surah An-Nisa': 4)

6 comments:

ctk said... [Reply]

hihihi..adew plak ikot status2 gitu...yang pasti,ct kna tolak la 50% tuh..hahaha

Unknown said... [Reply]

wahh.. kalau macam itu, kmu kena lah belajar memasak dar sekrang..

::ini belog saya . cinta hati saya:: said... [Reply]

halamak . ade pulak penolakan 50% ye . heee

:)

Anonymous said... [Reply]

cukuplah taraf SPM pon wlaupon aku ade digree asal dpt cover duit kenduri untuk tujuan penghebaan...perempuan yg baik itu murah maharnya...

Zuraini said... [Reply]

ada pulak discount2 ni... mcm mcm betol. haha

Anonymous said... [Reply]

Tak kahwinlah para lelaki kalau harga ikut begitu...