Sunday, July 1, 2012

Nahh Doktor ‘dua alam’



KUALA LUMPUR: Siang merawat, malam cari perawat. Itulah perumpamaan diberi kepada sekumpulan pengamal perubatan di negara ini selepas ada di kalangan mereka didapati hidup ‘dua alam’ dengan karakter berbeza pada waktu siang dan malam.

Pendedahan itu dibuat Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Fatwa) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Kamel Salleh, berdasarkan pengalamannya ketika memberi ceramah umum kepada orang ramai melalui agensi swasta atau kerajaan sebelum ini.

“Hari ini, kita lihat ada doktor yang berubah penampilan. Pada waktu siang mereka mengubat orang tapi tiba malam, mereka berubah identiti dengan menjadi pasangan sejenis di kelab atau terjebak dalam unsur tak sihat lain.
“Mereka golongan profesional dan kita tidak tahu sama ada pihak profesional lain turut terjebak, tapi kini berusaha mengekang budaya seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Pemantapan dan Jatidiri Shahsiah Remaja Wilayah Persekutuan anjuran Persatuan Anggota Perisikan Malaysia (Baris) yang dirasmikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Ghafar Mahmud.

Ghafar mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir, Presiden Baris, Datuk Nordin Hassan dan Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur, Datuk Khairil Awang.
Mohd Kamel berkata, pada mulanya beliau hanya menerima maklumat itu melalui tetamu yang menghadiri ceramahnya tetapi dalam satu ceramah di selatan tanah air, beliau terkejut melihat tingkah laku golongan itu.

“Ramai di kalangan mereka adalah lelaki sebegitu (lembut). Biasanya, saya hanya menonton video melalui Internet dan nampaknya golongan itu kini tidak lagi malu membuat pendedahan terbuka kepada masyarakat.
“Ini yang kita cuba bendung, kita tidak mahu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) menjadi budaya biasa dalam masyarakat kita,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pendekatan diambil Jakim melalui ceramah sebelum ini seakan-akan membuka lembaran baru apabila ada di kalangan mereka yang hidup ‘dua alam’ kembali ke pangkal jalan dan mula mendekati masyarakat.

“Kita mengadakan enam ceramah secara bersama dengan agensi lain dan mungkin selepas ini bersama dengan Kementerian Kesihatan pula,” katanya.

Sumber : hmetro

0 comments: