Sunday, June 3, 2012

Nahh Patutkah anda membeli tablet Acer Iconia?


Acer Iconia A200
Kita sekarang hidup di dunia yang dikuasai tablet. Tidak satu hari yang mendatang tanpa kita lihat seseorang itu sedang memegang tablet, samada digunakan untuk melayari web atau menonton video lucu bersama rakan di kedai kopi (Apa? Ingat Pak Haji pun tak pandai guna ke?). Jadi tak hairanlah yang makin banyak syarikat mengeluarkan tablet, da nada yang sudah mencapa generasi kedua, seperti yang dikeluarkan oleh Acer ini. Ia sudah diperkenalkan agak lama dan sekarang mereka melancarkan edisi keduanya, Iconia A200
Anak Bapak
Sekilas pandang, A200 mempunyai rupa yang agak serupa dengan sepupu lamanya, A500. Kedua — dua mempunyai badan yang tebal dan bersegi.Tapi oleh kerana itu ia mempunyai imej peranti yang teguh. Dan ia memang satu mesin yang agak sempurna, walaupun nombor yang digunakan lebih rendah dari model terdahulu
Sambung pada segalanya
Selalunya,  lebih banyak pilihan sambungan pada sesuatu peranti, lagi popular peranti itu pada satu segmen pasaran di Negara ini. Dari segi ini A200 tidak akan mengecewakan kamu. Bilangan sambungan pada A200 boleh diwakilkan dengan berapa banyak makanan yang kamu boleh dapati di Malaysia. Kamu mempunyai butang kuasa, sambungan fon kepala, microUSB, sambungan USB bersaiz penuh (yang boleh digunakan sebagai "USB Host"), dan di bawah satu pelindung plastik, slot microSD dan butang reset. Semua ini terdapat pada bahagian kiri peranti ini manakala di bahagian atas pula terdapat penatal bunyi dan juga butang tukar orientasi. Oleh kerana ia bukan mesin yang bertahap tinggi, tidak terdapat slot bagi sambungan HDMI, yang kami rasa agak mengecewakan
Skrin Yang Besar Tapi Tidak Tajam
Skrin 10 inci A200 kelihatan bagus,dengan pemaparan warna yang agak sempurna. Kami memainkan beberapa filem bagi mencuba ini dan kami boleh katakana yang ia kelihatan amat memuaskan. Kemi melarikan ujian Quadrant bagi mengetahui sejauhmana bagus mesin ini dalam kegunaan harian dan mendapat sebanyak 1832 markah yang agak baik jika dinilia dengan perkakasan yang berada di dalam tablet ini
Suka dan Benci
Ada beberapa benda yang kami suka dan benci mengenai tablet ini. Kami sukakan sambungan saiz penuh USB yang menyenangkan kami menyambungkan "pendrive' kami. Kami juga sukakan salutan getah pada bahagian belakan tablet ini yang memberikan cengkaman apabila dipegang dan susah untuk kotor. Tapi kami agak kecewa dengan pilihan mereka untuk membuang kamera belakang dan juga tiada sambungan HDMI bagi menjimat kos.
Dimensi: 190 x 124 x 10.5 mm
Prosessor: 1GHz
Skrin: 7" dengan 1280 x 800 piksel
Storan8 GB + microSD sehingga 32GB
Berat: 390 gram
Nilai: 9/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 8/10
Penggunaan: 8/10
Hasil Ujian: Beli kerana harga, bukan kerana isinya.

1 comments: