![]() |
AZZA terharu apabila
rakan-rakan yang pernah bersamanya menganggotai kumpulan Elite (dari
kiri) Abby Abadi, Watie Sadali dan Shasha Saidin dapat hadir pada
majlis akad nikahnya ini.
|
PADA 1 April lalu, Noor Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai
Azza, telah melangsungkan pernikahan bersama kekasih yang dikenali
hampir dua tahun lalu, Azlan Zulaily yang juga seorang pramugara
syarikat penerbangan tempatan.
Masih terang warna inai di jari, namun sudah ada kata-kata kurang
enak tentang cara pemakaian selendang Azza pada majlis pernikahannya
yang berlangsung dalam Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor itu.
Kemanisan mengecapi bahtera perkahwinan tercalar sedikit ekoran
tuduhan terhadap diri Azza yang ditohmah sebagai seorang yang jahil
tentang ilmu agama kerana tidak menutup aurat ketika berada di dalam
pekarangan masjid untuk majlis akad nikahnya itu.
Sebagai seorang Islam, sememangnya agak keras tuduhan jahil tentang
hukum agama yang dilemparkan terhadap bekas anggota kumpulan Elite itu.
Azza yang dihubungi Kosmo! kelmarin berkata: "Azza faham ia
menyentuh sensiviti masyarakat, jadi Azza ingin meminta maaf secara
terbuka jika selendang yang Azza pakai itu menjadi isu. Azza akui sangat
sedih dan tidak tahu mahu berkata apa.
"Tapi tidak mengapa kerana dalam dunia ini tidak semua orang suka
kita. Saya terima dengan sabar. Biarlah mereka mahu berkata, kerana apa
yang penting kejadian ini akan membuatkan Azza lebih berhati-hati pada
masa akan datang."
Namun begitu, Azza bersyukur kerana ada peminat dan rakan-rakan yang
sentiasa setia menyokong karier dan dirinya walau apa pun yang terjadi. Menyingkap sejarah sebelum Azza, 34, dan Azlan, 25, bersatu sebagai
suami isteri, ujar Azza, lebih setahun lalu, dia berkenalan dengan Azlan
di Mydin Mall, USJ, Subang, Kuala Lumpur semasa membuat persembahan.
Sejak dari itu, telah bersemai bibit-bibit cinta antara mereka berdua
sehingga membawa mereka ke jenjang pelamin. Sempena perkahwinannya itu, Azza menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM10,000.
Selain itu, Azza menerima sembilan dulang hantaran daripada pengantin
lelaki, antaranya dua bentuk cincin, set wangian, al-Quran dan sejadah
serta buah-buahan manakala pihak lelaki pula menerima 11 dulang hantaran
yang berupa set wangian, set persalinan, set dompet dan sebagainya. Mungkin terlalu gementar, hanya selepas tiga kali lafaz, Azza sah
bergelar isteri kepada Azlan tepat pukul 5.27 petang itu yang dinikahkan
oleh jurunikah, Abdul Hakim Abdul Rahman. "Semestinya dalam diri saya ini memang wujud perasaan penuh
tanggungjawab setelah bergelar suami selain gemuruh dan pelbagai lagi
perasaan yang bercampur-baur," ulas Azlan yang tidak kisah dengan
perbezaan umur antara dirinya dan Azza.
Tambahnya: "Sebab apa saya memilih Azza untuk dijadikan teman hidup
ialah kerana dari segi karakternya sendiri. Dia seorang yang kelakar dan
dia juga seorang yang penyayang. Anaknya, Marissa juga saya telah
anggap seperti anak saya sendiri. Berbicara mengenai perancangan untuk menambah bilangan ahli keluarga,
mereka berdua sepakat belum lagi mempunyai perancangan untuk berbuat
demikian. Namun, andai kata rezeki daripada Tuhan diberi lebih awal,
Azza dan Azlan bersyukur dengan pemberian tersebut.
Kredit : Kosmo!
1 comments:
Sebelumkit akata orang jahil...check diri kita..
Kenapa semua buat macam ni sebab pemimpin kita pun sama..pi kubur pakai tudung nampak rambut..tak der orang soal pun..sebab pemimpin!!
Post a Comment