Sunday, March 25, 2012

Nahh Pasukan Bola Sepak Kena Belasah 58-0..!!

Sebuah pasukan bola sepak amatur di british telah mencipta sejarah terbesar dalam sejarah bola sepak British. Bukan sejarah menang piala ker naik divisyen, tapi sejarah mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah bola sepak.

Pasukan tersebut ialah Nova 2010 FC yang telah mengalami kekalahan di luar dugaan ramai dengan jaringan 58 berbalas 0 kepada Wheel Power FC dalam Torbay Sunday League di Devon.

Pada separuh masa pertama sahaja Nova 2010 FC telah dibolosi sebanyak 20 berbalas 0 sebelum melepaskan lagi 38 gol pada separuh masa kedua. Untuk keputusan penuh sebanyak 58 gol telah berjaya dijaringkan oleh Wheel Power FC dalam perlawanan tersebut.

Ini adalah merupakan kemenangan terbesar Wheel Power FC dan secara tidak langsung menjadi rekod baru dalam sejarah bola sepak british yang sebelum ini dipegang oleh Illogan yang memenangi perlawanan ketika bertemu Madron FC pada November 2010 dengan jaringan 55 berbalas 0.
Pandabear | Nahh Pasukan Bola Sepak Kena Belasah 58-0..!!
Lewis Parker, 60 tahun
Lewis Parker, 60 tahun yang bermain untuk Nova 2010, berkata: "Banyak pemain tidak hadir, jadi kami dijangka akan kalah tetapi tidak sebanyak itu."

Pasukan Nova 2010 FC tiba dengan hanya 5 pemain pada hari perlawanan tetapi mereka berjaya menambah lagi 4 pemain dan perlawanan berlangsung dengan 9 pemain berbanding dengan pendahulu liga Wheel Power FC, yang bermula dengan 10 pemain.

Pasangan adik beradik Bowker iaitu Robbie (27) dan Stuart (21) muncul wira untuk Wheel Power FC kerana mereka berjaya menjaringkan 28 gol di antara mereka dengan Robbie sebanyak 18 gol dan Stuart 10 gol.

Stuart berkata: "Pada kedudukan jaringan 50 berbalas 0, pasukan Nova 2010 FC mahu menamatkan perlawanan dengan awal, tetapi pengadil memberitahu bahawa perlawanan mesti diteruskan sehingga wisel penamat, jika tidak mereka berisiko akan didenda.

"Selepas wisel penamat beberapa pemain mereka berjabat tangan tetapi ada selebihnya hanya pergi ke kereta mereka dan memandu pulang, tetapi anda tidak boleh menyalahkan mereka 100% untuk kekalahan teruk tersebut.

"Mereka tidak menduduki tangga tercorot liga."

Pemain merangkap pengurus Wheel Power FC, Andy Woodward berkata: "Keputusan ini sedikit memalukan, tetapi adil kepada pasukan lain untuk mereka meneruskan dan menghabiskan perlawanan sehingga wisel penamat dibunyikan dan ia menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi..

"Hasilnya sudah pasti akan membantu pasukan kami pada akhir musim ini jika ia bergantung pada perbezaan gol."

Akibat kekalahan besar tersebut juga, Nova 2010 FC telah menghuni tangga kedua terbawah dalam liga dan kini mempunyai perbezaan gol sebanyak -163.
Pandabear | Nahh Pasukan Bola Sepak Kena Belasah 58-0..!!
Wheel Power dari Devon
Sumber :- Yahoo! Uk/EuroSport

0 comments: