Monday, March 26, 2012

Nahh Chelsea Pertimbangkan Beli Cristiano Ronaldo

Nahh Chelsea bersedia untuk menawarkan sehingga €100 juta kepada Real Madrid untuk mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo dan Gonzalo Higuain. Adakah ini akan menjadi kenyataan? dan adakah ini juga akan memecahkan rekod pemain termahal juga akan menjadi milik Ronaldo sekali lagi? 

Nahh Chelsea Pertimbangkan Beli Cristiano Ronaldo
Ronaldo ke Chelsea?
Ini semua kerana barisan hadapan Chelsea iaitu Daniel Sturridge, Didier Drogba dan Fernando Torres hanya menjaringkan 26 gol sahaja antara mereka dalam semua kejohanan, berbanding dengan Ronaldo yang telah menjaringkan 45 gol untuk dirinya membantu Real Madrid mendahului Liga Sepanyol dengan perbezaan 6 mata ke atas Barcelona. Dengan persembahan memukau Ronaldo ini pasti menarik lagi minat pemilik Chelsea, Roman Abramovich untuk menjadi pilihan utama pemain bintang yang akan dibeli dalam usaha beliau untuk memantapkan lagi barisan Chelsea. Tetapi ini semua bergantung kepada pengurus semasa Real Madrid, Jose Mourinho untuk memujuk Ronaldo sama ada untuk kekal bersama Madrid ataupun berhijrah ke Chelsea. Jika Ronaldo berhijrah ke Chelsea, beliau mungkin akan menjadi pemain termahal dan mendapat bayaran gaji yang tertinggi di dunia, siapa tahu? impossible is nothing. 

p/s:---> Ronaldo juga memegang rekod sebagai pemain terpantas mencapai 100 gol dan ini bukti beliau telah berjaya menjaringkan 101 gol dalam hanya 92 perlawanan liga.

2 comments:

Jos Revalution said... [Reply]

takkan real madrid bg punya..huhuhu..nak join senang je..ko letak url gua kat sini gua letak url ko kat my bloglist siap.. :)

PandaBear said... [Reply]

ahaha.. kalau mourinho datang chelsea balik, mungkin ronaldo akan ikut sekali =)