Wednesday, March 28, 2012

Nahh Berani kerana Benar, Takut kerana Salah


Pandabear | Berani kerana benar, takut kerana salah
Kosmo
Terasa bagaikan tersentap hati ini ketika meniti titipan surat khabar pada kebelakangan ini.. Terasa jauh benar kehidupan ini dari bimbingan rasulullah, adakah jauh benar pegangan umat Nabi Muhammad ini kepada Allah.. apakah sangat jauh golongan seperti ini dari cahaya keimanan kepada Allah.. bagaimanakah perasaan mereka ketika mencampakkan atau membuang anak atau menggugurkan kandungan ketika anak itu masih bergerak-gerak didalam perut ibunya..
sedangkan pada masa yang sama ada lagi ibu-ibu yang berdoa siang malam kepada Allah “ Ya Allah.. berilah kepadaku seorang bayi, janganlah kau biarkan diriku keseorangan” .. sambil si ibu berdoa… sambil air mata menitis mengalir perlahan-lahan….. berbagai rawatan telah dilakukan.. berbagai ikhtiar telah diusahakan.. namun rezeki belum lagi kelihatan… menangis siibu menadah tangan memohon kepada Tuhan..
Tetapi berbanding dengan keadaan ini.. bagaimana bayi yang telah dimasukkan rohnya oleh Allah.. Tidak terfikirkah Rahim ibunya..
Dalam soal penciptaan manusia Rasulullah telah bersabda:

عن أبي عبد الرحمان عبد الله بن مسعود رضي الله عنه‘ قال : حدَّثَنا رسول الله صلى الله عليه وسلم  وهو الصَّادقُ المصدوقُ: إن أحدَكم يُجْمَعُ خَلْقُهُ في بطْن أُمِّهِ أربعين يوما نطْفَةً‘ ثم يكون علقةً مثل ذلك، ثم يكون مضقة مثل ذلك، ثم يرسَلُ إليه الملكُ ، فينفُخُ فيه الرُّوحَ، ويؤْمرُ بأربعِ كلماتٍ، بِكَتْبِ رزقهِ، وأجَلِهِ، وعملهِ، وشَقِيٌّ أو سعيدٌ. فوالله الذي لااله غَيرُهُ، إنَّ أحدَكُم ليَعْمَلُ بعملِ أهلِ الجنة حتى ما يكون بينهُ وبينها إلا ذِراعٌ، فَيَسْبِقُ  عليه الكتابُ، فيعْمَلُ بعملِ أهل النار فيَدخُلًُهَا.وإن أحدكم لَيعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراعٌ ، فيسبق عليه الكتاب ، فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخلها.

Ertinya:
“Dari Abu Abdur Rahman Abdullah Bin Masud, R.A , katanya Rasulullah S.A.W. telah menceritakan kepada kami, sedang baginda itu adalah seorang yang benar dan dibenarkan tutur katanya, Ujarnya : Sesungguhnyaseseorang kamu dikumpulkan kejadiannya didalam kandungan ibunya selama 40 hari berupa setitik mani, kemudian menjadi segumpal darah yang beku selama itu pula, kemudian menjadi seketul daging selama itu pula, kemudian diutuslah kepadanya malaikat, lalu ditiupkanlah roh kepadanya , dan dia diperintahkan menulisnya empat perkara, Rezekinya , ajalnya, amalannya, dan celaka atau bahagia . maka demi Allah yang tiada Tuhan selain dariNya : sesungguhnya seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan Ahli Syurga hinggalah di antaranya Syurga itu jarak nya hanya sehasta sahaja, tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( Suratan taqdirnya) sehingga dia pun beramal dengan amalan ahli Neraka, maka masuklah dia  kedalam Neraka itu , dan sesungguhnya seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka hinggalah di antaranya dengan neraka itu jaraknya hanya sehasta sahaja , tiba-tiba  dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia pun beramal dengan amalan ahli Syurga , maka masuklah dia kedalam Syurga itu”
Pandabear | Berani kerana benar, takut kerana salah.. bagaimanakah kita melihat bayi seperti ini yang mereka campakkan sesuka hati mereka tanpa sedikit perasaan sedih dan kesal…. Pesan ibu-ibu dahulu kepada anaknya yang telah mendirikan rumah tangga “selalulah perdengarkan kandunganmu dengan bacaan Al-Quran.. Suroh Yusoff.. Suroh Luqman.. Surah Al Kahfi…., Supaya lahirnya dia kelak  menjadi seorang hamba Allah yang beriman, anak yang beriman, bersih wajahnya, bijak pemikirannya..
Anak adalah anugerah Allah… pengorbanan kepada ibunya hendaklah melebihi segala-galanya.. tidak boleh walau sekelumit bicara “uh” …  dalam memartabatkan kedudukan sebagai ibu, Rasulullah s.a.w. bersabda:

حَدَّثَنَا ‏ ‏قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ جَمِيلِ بْنِ طَرِيفٍ الثَّقَفِيُّ ‏ ‏وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ ‏ ‏قَالَا حَدَّثَنَا ‏ ‏جَرِيرٌ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عُمَارَةَ بْنِ الْقَعْقَاعِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي زُرْعَةَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏قَالَ ‏‏جَاءَ ‏ ‏رَجُلٌ ‏ ‏إِلَى رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي قَالَ ‏ ‏أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أَبُوكَ ‏

Ertinya:
“Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu”
Martabat seorang ibu dipersia-siakan kerana Malu kepada masyarakat… angkara maksiat menuruti nafsu, mengingkari Allah dan Rasulnya.. kini.. ibu itu menjadi pembunuh yang akan dipersoalkan dan dibalas akan apa yang telah dilakukan bersama pasangannya..
Mengenai perkara ini Allah berfirman dalam surah Al Takwir: ayat 7-12

وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ (٧)وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ (٨)بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ (٩)وَإِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ (١٠)وَإِذَا السَّمَاءُ كُشِطَتْ (١١)وَإِذَا الْجَحِيمُ سُعِّرَتْ (١٢)

Ertinya:
“ dan apabila tiap-tiap diri disatukan Dengan pasangannya;. dan apabila anak perempuan Yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -. Dengan dosa apakah ia dibunuh?. dan apabila surat-surat amal dibentangkan;. dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;. dan apabila neraka dinyalakan menjulang;”
(terjemahan Al Quran:Al-Takwir:81:7-12)
Telah Allah wahyukan kepada Rasulullah s.a.w… telah dikhabarkan kepada baginda bagaimana anak-anak yang mereka tanam ketika hidup-hidup di Zaman Jahiliyah, akan bertanya kepada mereka kembali dengan sebab apakah mereka itu dibunuh.. buku amalan Pembunuh ini akan dibentangkan kepadanya.. dia pastinya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah atas perbuatannya.. Zaman Jahiliah hanya sebilangan anak perempuan yang dibunuh.. tetapi kini tanpa mengenal jantina lelaki atau perempuan.. dalam surah Ar Rahman ayat 16, Allah berfirman Maksudnya
“maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?…
(terjemahan Al Quran: Ar Rahman:55:16)
Semakin hari, semakin kita mendengar berbagai peristiwa menyayat hati.. bayi dibuang, bayi dibuang, bayi dibuang.. masyarakat masih dengan masyarakat yang sama.. masyarakat sekarang telah moden.. namun apakah disebalik pemodenan ini kita mengabaikan perintah Allah.. kenapa masyarakat tidak cuba mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.. Islam tidak menolak pemodenan.. bahkan menerimanya.. tetapi pemodenan dengan menjadikan Islam sebagai panduan.
Masyarakat hari ini mendengar Hadis Rasulullah bukan sebagai ikutan atau panduan.. tetapi kedengarannya sebagai seolah syair yang sedap diperlagukan.. sedap untuk dijadikan cerita seolah cerita hikayat… pengamalannya….?
Kenapa saya menyebut masyarakat… sebabnya ialah.. kita mempunyai satu pepatah yang juga sedap didengar “Jangan Jaga Tepi Kain Orang” inilah ungkapan yang menyebabkan sebanyak mungkin maksiat tidak ditegur.. tegur menegur sudah menjadi terasing.. budaya tidak menegur telah diterima masyarakat.. biarlah anak dara orang dibawa ditengah-tengah malam.. berduaan, bercengkarama tanpa ada seurat benang perasaan malu.. berpelukan bak suami isteri berbulan madu, bercanggah dengan hadis Rasulullah.. Kita tidak menolak ungkapan.. adat dan sebagainya.. tetapi biarlah ianya selari dengan Islam.. Tuntutan Agama.. kenapa kita hanya menjadikan Islam itu hanya didalam Masjid… hanya ketika solat.. hanya ketika Zakat.. hanya ketika Haji.. Hanya ketika-ketika tertentu.. Jangan Penjarakan Islam..
Soal menjaga tepi kain orang Rasulullah telah bersabda:

…فقال ‏ ‏أبو سعيد ‏ ‏أما هذا فقد قضى ما عليه سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان ‏

Hadis Abu Said r.a:
“…Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman”
(Hadis Sahih Riwayat Muslim:Kitab Iman : 70)
Kenapa kita tidak berusaha menjadikan Nabi sebagai Model ikutan kita.. kenapa..? Apakah selamanya kita hanya mampu dengan hati.. itupun sekiranya ada tercetus didalam hati.. sekiranya hanya melihat hanya dengan pandangan semata-mata.. tidaklakah kita dikira besubahat.. atau sekurang-kurannya merelai sama perkara itu.. dimanakah diri kita sekarang.. dimanakah diriku sekarang, dimanakah iman kita apakah iman yang boleh turun dan naik iniselamanya hanya lemah semata-mata.. bila kah diri kita ini akan sedar.. adakah semasa kita ditanya “apakah hakmu kepada tetangga mu”
Apakah akan kita jawab dihadapan Allah… apa..? Ya Allah bantulah Kami Ya Allah..benarlah kini mereka yang memegang dakwah Rasulullah bagaikan memegang bara api di akhir zaman ini…”
Kepada remaja yang hidupnya penuh dengan gelora nafsu.. jagalah ia.. kerana sekali terpalit dengan lumpur.. sekali terluka pasti meninggalkan parut.. biar parut tidak kelihatan.. hati didalam tidak akan tenang.. biar kelihatan air yang mengalir turun dari sebuah bukit seolah tenang, namun siapa sangka air itu akhirnya meninggalkan juga kesan lekuk pada batu yang ditimpanya.. Ingatlah janji Allah “Telah datang kebenaran  akan lenyaplah kebatilan”..
Bertaubatlah.. kembalilah kepada Allah yang menciptakan Manusia dan seluruh a’lam.. kembalilah ke pangkal jalan sebelum jalan yang dilalui menjadi hitam, sehitam-hitamnya..

0 comments: