Sunday, February 19, 2012

Nahh Marilah Bantu Adik Faris Nur Danial

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

Nahh Marilah Bantu Adik Faris Nur Danial
Faris Nur Daniel
Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak kecil ini menanggung derita... Serious, saya menangis bila melihat gambar adik Faris Nur Daniel yang berusia 6 tahun ini... Saya tak kenal pun adik Faris ni... tapi atas rasa belas sebagai seorang insan, saya panjangkan mesej ini. 

Adik Faris mengidap penyakit "Hemophagocytic lymphohistiocytosis" (HLH). Dia kini berada dalam keadaan kritikal, di Subang Jaya Medical Center (SJMC). (Saya ternampak gambar adik Faris di'post' oleh rakan FB saya, yang meminta simpati dan bantuan dari orang ramai.) 

Mengikut status FB ayah kanak-kanak ini, (Shamrulismawi Abah BlackPearl) anaknya tidak boleh bernafas sendiri dan menggunakan 100% bantuan oksigen. Hatinya membengkak dan paru-parunya kurang memberikan tindakbalas. Kaki dan mukanya agak kembang dan rambutnya mula gugur. (Ya Allah...  :-(  )  


Bil hospital telah menjangkau RM75,000 yang melebihi jumlah perlindungan insurannya. Kepada rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, bolehlah menghulurkan sumbangan kalian ke Akaun Maybank Shamrulismawi Ismail: 1140-1115-2218. (Sedih apabila membaca komen rakan-rakan FB yang mempersoalkan kenapa tidak dihantar ke hospital kerajaan kerana kosnya jauh lebih murah berbanding SJMC. Sekarang bukan masa untuk mempersoalkan apa dan kenapa... Anda patutnya PEKA kepada penggunaan perkataan "KRITIKAL"... tolong bersikap lebih sensitif!)

Kepada yang tidak mampu untuk menghulurkan bantuan kewangan, titipkanlah doa agar Allah meringankan beban penyakit yang ditanggung oleh adik Faris dan dugaan yang diberikan kepada ahli keluarga adik Faris, terutamanya ibu dan ayahnya. (Saya tak dapat bayangkan macam mana ibu adik Faris menghadapi semua ini... kalau anak saya demam pun saya dah tak tentu arah... inikan pula berada dalam keadaan kritikal... Sesungguhnya Allah menurunkan ujian kepada mereka yang mampu mengatasinya...)

Nahh Marilah Bantu Adik Faris Nur Danial
Tak sanggup tengok adik Faris macam ni... :-(
Kepada bloggers yang membaca entri ini, minta dipanjangkan lagi mesej ini agar lebih ramai yang dapat memberikan bantuan dan doa kepada adik Faris. Moga bantuan kita yang kecil ini membuka mata insan-insan yang lain untuk membantu... Semoga adik Faris segera sembuh dan sihat seperti sebelumnya... 

-Klik entri-entri yang ditulis oleh Mazidul Akmal Sidik, tentang adik Faris-

Gambar Terkini Faris
*  Mari Bersama Kita Membantu Faris Untuk Terus Hidup Dengan Izin Allah
STM (Akronim paling bermakna kepada Faris)

INFO TERKINI TENTANG ADIK FARIS

Nahh Marilah Bantu Adik Faris Nur Danial
P/S: Saya tidak kenal akan anak kecil ini... tetapi saya menulis atas dasar kemanusian dan saya sangat bersimpati kepadanya... :-( Semoga Allah mempermudahkan segalanya... Amin... 


p/s :----> sumber dikongsi dan diperolehi dari Dialog Uda

5 comments:

Nora Karim said... [Reply]

Thanks for sharing... Moga Adik Faris segera sembuh.... InsyaAllah...

PandaBear said... [Reply]

welcome2.. kita bantu mna yang terbaik.. =)

CiK FizA said... [Reply]

Moga Adek Faris cepat sembuh. InsyaAllah.. ^^

Moga Allah berikan yg terbaek utk adek Faris..

che mastura said... [Reply]

semoge dia cepat sembuh dan dapat bermain seperti kanak kanak lain.....

scar_lore said... [Reply]

Adik Faris telah meninggal dunia pagi tadi... Al-Fatihah