Thursday, March 10, 2011

Nahh DIHARAMKAN disini???


"Internasional: Al-Qaeda.

Diketuai oleh Osama bin Laden telah menjadi buruan AS lebih sepuluh tahun. Sehingga kini Osama masih bebas, tetapi darah orang Islam yang banyak mengalir kerana kezalimaan AS dengan alasan memburu Osama. Adakah Osama ini wujud atau sekadar propaganda AS untuk menyerang Negara-negara Islam? Osama menjadi tanda tanya, adakah dia seorang pejuang atau O..samo la den dongan Amerika.

Domestik : Al-Arqam. Kumpulan agama yang satu ketika dahulu bergerak bebas. Menjalankan aktiviti perniagaan sebagai menjana ekonomi kepada pengikut-pengikutnya dan telah menggugat ekonomi masyarakat cina. Ini jelas sekali waktu itu adanya produk makanan keluaran Al-Arqam yang mana umat Islam menggunakannya tanpa was-was. Kerana ketaksuban pengikut yang teramat sangat kepada pemimpin mereka sehingga telah merosakan akidah seperti yang didakwa, ia telah diharamkan. Ketuanya Ustaz Asshaari dikenakan ISA.(semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau)

Al-Maunah :

Gempar satu Negara. Kumpulan yang dianggotai oleh pemuda dari Grik telah menggelarkan diri mereka Al-Maunah telah menceroboh kem tentera Kuala Rui dan mengambil sebilangan senjata berat yang mampu melancarkan serangan hebat mengistiharkan jihad. Empat orang tebusan, dua daripadanya mati ditembak. Seorang anggota polis berketurunan India dan anggota tentera bernama Matthew. Kumpulan ini terlalu extreme, ketuanya dikenali sebagai Mat Amin telah ditangkap ketika membuat rundingan dengan seorang anggota tentera berpangkat General. Mat Amin akhirnya ke tali gantung kerana disabitkan dibawah akta memerangi kerajaan Malaysia dan tiada pengampunan.

Alkohol :

Bergerak solo dan berkumpulan, bebas di pelusok Negara. Menjadikan disko. pusat karoke, kaki lima dan restoran sebagai markas tempat perjumpaan ahli yang sewaktu dengannya. Terdiri dari lapisan masyarakat tua, muda, miskin, kaya, lelaki dan wanita malah bapok pun ada. Kumpulan ini mengambarkan 1Malaysia ciptaan Najib, Melayu, Cina, India, KSW dll. Ancaman yang dibawa oleh golongan ini terhadap negara dan masyarakat seperti kemalangan jalan raya, seks bebas, pergaduhan, keruntuhan rumahtangga, tentukan perlantikan hakim Negara dll. Golongan ini telah banyak berjasa kepada ketua mereka dikenali sebagai umnobnapco kerana tanpa mereka poket ketua akan ringan banyak., disebabkan adanya cukai markas (kecuali kaki 5) dan cukai keahlian.

Jom ramai-ramai kita tumbangkan ketua mereka ini dalam PRU akan datang agar dapat menyelamatkan masyarakat dari menjadi ahli baru dan mentarbiyahkan yang sedia ada supaya mereka balik ke pangkal jalan. Lepas tu kita boleh tengok ketua mereka akan membebel tak tentu arah macam kap lam ya nga mabuk todi.

0 comments: