Nahh korang semua mungkin ada yang tidak tau mengenai kewujudan bank 1Malaysia kan. Cuba korang teka apa bank 1Malaysia tuh? malayan bank @ MAYBANK? tuh mungkin bank yang hanya tau melayan customer sahaja. Public Bank? bukan. nama jek bank awam. tapi interest tetap ada. Cuba bagi 0%, baru betul awam derr.. Ambank pulak? itu mungkin satu hari nanti CEO dia Noh Hujan pulak kot. Siapa yang tau kan. ahaha.. Bank Rakyat? nama jek bank rakyat, tapi mesra rakyat ker? itu korang semua jek yang tau.
Aku cakap macam tuh sebab aku tak pernah buat and ambil loan bank rakyat. Ah-Long bank? itu bank lagi manyak teruk lo, mau kasi itu jerung makan besar lo. Tarak guna itu punya ah long kang.
Ok, then CIMB? CIMB tuh stand for what? siapa yang tau sila tolong jawab ya. Tapi before ada yang kasi jawapan. Aku yang mau jawab. Aku yang tanya, aku yang nak jawabb dulu. huahuahua.. Gila kuasa punya ini olang. Ok berbalik pada bank tadi, kalau difikir
Bank pun boleh merompak ker? Demm..
CIMB ada jugak ker kes macam nih? harap ² tak de kot, sebab CIMB bank 1Malaysia mungkin, lagipun kabel orang dalam kuat kot.. So sekarang nih Bank 1Malaysia dah ada, so apa lagi kita nak brand kan 1Malaysia? Laptop? Laptop 1Malaysia pun dah ada dipasaran sekarang nih. So siapa nak beli laptop 1Malaysia nih, boleh lah hubungi aku di talian 012-384 tekan.. tekan tak dapat.. ataupun bank in terus dalam bank 1Malaysia aku iaitu CinaIndiaMelayuBank.. no akaun tak boleh letak sini, bahaya lo.. ahahaha.. Promote jangan tak promote.. dushhhh..
1 comments:
a'ah..baru perasan..mungkin kot 1 malaysia...heheh..=P
Post a Comment